Monday, May 17, 2010

Gajet : Samsung Galaxy S Android


Smartphone telah dimonopoli oleh syarikat Apple sekian lama menerusi model iPhone mereka yang telah dijual mencecah jutaan unit. Sekarang, model seakan-akan iPhone telah diperkenalkan seterusnya memecahkan monopoli iPhone tersebut.

Samsung Galaxy S Android telah diinovasikan daripada telefon bimbit biasa kepada Smartphone. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru kepada syarikat Samsung kerana sebelum ini Samsung Corby telah dicipta untuk dijadikan smartphone.. Antara ciri-ciri Samsung Galaxy S Android ialah :

  • Skrin : 4" AMOLED (Active-matrix organic light-emitting diode) skrin sentuh.
  • Processor : 1 GHz
  • Kamera : 5 MP dengan High Definition tangkapan video.
  • Storage : 16 GB
  • Lain-lain : WiFi access, pemain video dan muzik, GPS (Global Positioning System).



Semua ciri2
Samsung Galaxy S Android tidaklah lari jauh dari Smartphone yang lain tetapi dengan teknologi AMOLED yang digunakan, skrin sesentuh pada Galaxy adalah yang ternipis dan tidak memerlukan backlight untuk melihat skrin nya. Ini kerana, setiap pixel yang ada pada skrin nya akan memancarkan cahaya nya sendiri yang dikawal oleh dua TFT (thin film transistor).Dengan kata lain nya, Samsung Galaxy S Android adalah smartphone yang menjimatkan penggunaan elektrik.





Monday, April 26, 2010

Rambut : Tidak Salah Seorang Lelaki Berambut Panjang





LELAKI berambut panjang! Sesetengah pihak mendakwa lelaki berambut panjang menampilkan imej mengagumkan, malah mempunyai nilai dan gaya tersendiri, yang mudah menjadi perhatian umum.

LELAKI berambut panjang! Sesetengah pihak mendakwa lelaki berambut panjang menampilkan imej mengagumkan, malah mempunyai nilai dan gaya tersendiri, yang mudah menjadi perhatian umum.

Di sudut adat pula, golongan yang berambut panjang selalunya dipanjang sinis, sering dianggap tidak berdisiplin dan banyak kes dikaitkan dengan tabiat kurang baik, walaupun bukan semua mereka begitu.

Ini berbeza dengan imej rambut pendek, yang kelihatan kemas, bersih dan berdisiplin, walaupun sesetengahnya tidaklah sedemikian, bahkan mereka yang berambut pendek kadangkala berperangai lebih teruk.

Tetapi salahkah lelaki Islam menyimpan rambut dan membiarkannya panjang? Tidakkah Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi ikutan umat Islam juga mempunyai rambut panjang dan bukankah ia suatu sunnah, mengikuti jejak langkah kehidupan baginda?

Presiden Pusat Penyelidikan Islam Amerika, Columbus, Ohio dan Ahli Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Dr Salah Sultan, berkata tiada salahnya membiarkan rambut panjang sekiranya seorang itu menjaganya dengan baik.

Ini kerana katanya, Nabi s.a.w dilaporkan bersabda (bermaksud): “Sesiapa yang mempunyai rambut, peliharalah ia” dan dilaporkan juga yang Nabi s.a.w mempunyai rambut panjang.

Bagaimanapun, menurutnya, seseorang itu sewajarnya mengikut pertimbangan adat umum satu-satu masyarakat.

“Tidak dianjurkan bagi Muslim melakukan yang berbeza dengan adat masyarakat, selagi adat itu tidak diharamkan,” katanya, dipetik dalam satu laman sesawang soal jawab berkaitan hukum.

Justeru, katanya, sekiranya membiarkan rambut panjang secara adatnya memperlihatkan sebagai tabiat buruk dalam sesetengah masyarakat, Muslim sewajarnya menghormati nilai itu walaupun dia lebih gemar berambut panjang.

Ulama berpendapat, membiarkan rambut panjang bukannya sunnah dan perkara mendatangkan ganjaran kepada seseorang, bahkan ia hanya lebih kepada adat serta tradisi, malah dilaporkan ia adat kebiasaan orang Arab.

Nabi s.a.w dilaporkan membiarkan rambutnya panjang dan mencukurnya. Baginda tidak mengatakan apa-apa ganjaran bagi orang yang membiarkan rambut panjang atau berdosa apabila mencukurnya. Tetapi baginda memerintahkan lelaki menjaga rambut.

Begitupun, lelaki Muslim yang memilih untuk membiarkan rambut panjang harus berwaspada supaya jangan sampai menyerupai wanita kerana ia dilarang sama sekali oleh Islam. Begitu juga sebaliknya, wanita dilarang menyerupai lelaki.

Ibnu Abas r.a melaporkan: “Nabi s.a.w mengutuk lelaki yang menyerupai wanita.” (Hadis riwayat Al-Bukhaari)

Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 1993 ada menyatakan, yang baginda ada menyimpan rambut tetapi caranya atau kaifiatnya itu bermacam-macam riwayat.

“Sesetengah riwayat, rambut Rasulullah itu panjang sampai ke telinga, setengah riwayat sampai cuping telinga dan ada lagi riwayat lain yang mengatakan rambut baginda itu jejak ke bahu.”

Menurut fatwa itu, Imam Nawawi menanggung perselisihan riwayat berkenaan kerana berselisih masa, iaitu masa bergunting, rambutnya akan panjang sampai cecah di bahu, dengan setiap orang yang melaporkan riwayat terbabit memberitakan apa yang dia lihat pada suatu masa.

Jadi di sini jelas, rambut Nabi s.a.w bukanlah terlalu panjang sebagaimana dijadikan alasan bagi mereka yang lebih cenderung berambut panjang melepasi batas bahu, hingga menimbulkan kekeliruan dari segi gender.

Seorang lelaki Islam itu sangatlah dilarang berambut panjang sekiranya ia disebabkan perbuatan meniru bangsa bukan Islam dan bertujuan menunjuk-nunjuk, malah gagal menjaganya dengan rapi.

Demikian juga, perbuatan membiarkan sebahagian kepala berambut panjang, manakala yang lain dipendekkan atau dicukurkan atas alasan mengikut gaya terkini dan kelihatan lebih ‘mengancam’ turut diharamkan.

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang meniru orang, dia seorang daripada mereka.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Prof Undang-Undang Perbandingan Universiti al-Azhar, Dr Sabri Abdul-Ra’oof, menyatakan Islam adalah satu ajaran universal yang sah bagi semua orang di semua zaman.

Islam katanya, tidak sekali-kali melarang sesuatu kecuali ia bertentangan dengan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

“Demikian itu, ia adalah tugas Muslim untuk mengikuti contoh orang yang betul dan tidak membenarkan mana-mana perkara bidaah dalam Islam. Dengan itu, dia tidak meletakkan tabiat ganjil bukan Muslim dalam gaya rambut mereka.

“Ijmak ahli perundangan bersetuju yang qaz’ (mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan yang lain) adalah dilarang kerana Nabi s.a.w memberikan ingatan terhadap larangannya, dengan bersabda: “Cukur semua atau tinggalkan ia semua.”

Imam Ibn Hajar Al-’Asqalani melaporkan dalam kitabnya, Fathul-Bari, yang mana Abu Daud menyatakan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Qaz’ ialah tabiat orang Yahudi.”

Bagi remaja Muslim, sudah semestinya mengikuti gaya yang sesuai dengan agama dan norma masyarakat, sekali gus melupakan angan-angan untuk meniru rupa rambut golongan bukan Islam.

Memang benar rambut adalah kebebasan peribadi, tetapi seseorang itu sewajarnya menggunakan kebebasan pada tujuan yang lebih berfaedah untuk diri dan masyarakat, bukannya yang meruntuhkan nilai agama serta masyarakat.

Dalam soal ini, Abdullah Nasih Ulwan dalam karyanya menyatakan pendapat yang lebih tegas, dengan katanya, pemuda yang berambut panjang, beraksi pondan, bergaya seperti wanita serta menyerupai wanita adalah peniruan membuta tuli.

“Nabi memanjangkan rambut, baginda tidak keluar di hadapan orang ramai dengan kepalanya terdedah, malah dia memakai serban, iaitu mahkota kenabian dan syiar Islam,” katanya.

Menurutnya, memanjangkan rambut pada hari ini melambangkan syiar anak tepi jalan dan tanda keruntuhan moral.

“Bukankah tabiat memanjangkan rambut dan membiarkannya panjang hingga kepada kedua-dua bahu itu suatu penyerupaan yang nyata dengan wanita, sedangkan Allah melaknati lelaki yang menyerupai wanita.”

p/s : Jagalah rambut anda dengan mencuci nya sekurang kurang nye 3hari sekali bagi mengelakkan kekotoran melekat pada rambut. Antara syampu yang faymes untuk digunakan ialah CLEAR for MEN.

Lelaki Tinggi Menjadi Tarikan Wanita?




Sebagai lelaki, ketinggian menjadi salah satu daya tarikan fizikal. Kajian juga menunjukkan dalam banyak budaya, ketinggian berhubungkait dengan status sosial. Dengan alasan itulah lelaki tinggi sering menonjol di dalam masyarkat berbanding lelaki pendek. Jika anda seorang yang dikategorikan rendah dan sedang membaca artikel ini, ketahuilah cara mudah untuk kelihatan tinggi.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan melatih membentuk postur tubuh yang baik. Mulakan dengan bahagian torso, sentiasalah berjalan mendada dan jangan menunduk. Ini bukan sahaja akan membuatkan anda kelihatan tinggi, malah lebih yakin. Tetapi dengan postur tubuh yang baik sahaja, tidaklah akan tiba-tiba menjadikan anda berketinggian dari 5’5” ke 6’0”. Ada caranya, anda boleh tampil beberapa inci tinggi dengan mengetahui panduan pemakaian yang betul. Berikut 6 panduan mudah yang boleh anda praktikkan setiap hari.

1-Pakai pakaian dengan saiz sesuai
Ramai lelaki di Malaysia gemar memakai pakaian longgar kerana katanya lebih selesa. Hasilnya, mereka ini gagal untuk memilih dan membeli pakaian dengan saiz yang benar-benar muat pada tubuh sendiri. Salah satu cara terbaik untuk membuatkan anda kelihatan tinggi adalah dengan memakai pakaian dengan saiz sepadan.

Ia membantu mencipta garis tubuh yang mana secara semula jadinya akan menampakkan kesan lebih kurus atau langsing dan tinggi. Sekiranya pakaian anda besar, lakukan ubahsuai pada pakaian tersebut jika perlu. Ingat! Jangan sesekali memakai baju terlalu besar kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih rendah.

2-Pilih pakaian berwarna monokromatik
Apabila cuba untuk kelihatan tinggi, pilihan warna adalah penting. Memakai pakaian dalam tema warna yang sama adalah helah yang boleh menampakkan susuk tubuh lebih tinggi. Ini kerana orang lain akan melihat anda dalam satu ton warna dan tumpuan tidak beralih pada bahagian lain.

Sebagai contoh, sekiranya anda memakai seluar dan kasut dalam tona warna sepadan akan menampakkan kaki kelihatan lebih panjang. Seperti juga pemakaian tali pinggang, pastikan ia sedondon dengan warna pakaian. Elak memakai tali pinggang berwarna kontra.